Close

OnePlus 15 mungkin hadir dengan perubahan ketara pada rekaan

Peranti andalan OnePlus yang seterusnya iaitu OnePlus 15 dijangka hadir dengan perubahan ketara dari segi rekaan.

Menurut laporan, OnePlus akan melakukan perubahan besar pada reka bentuk dan tidak lagi akan menggunakan rekaan modul kamera jenis bulat. Sebaliknya, OnePlus akan menggunakan rekaan modul kamera berbentuk segi empat dengan bucu bulat.

Perubahan modul kamera ini bukan sahaja pada segi rekaan tetapi juga dari segi kerjasama jenama. Hasselblad dikatakan tidak lagi berkerjasama dengan OnePlus, berikutan itu pendekatan berbeza mungkin akan digunakan pada kamera.

OnePlus dijangka akan menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP. Spesfikasi lain yang mungkin akan digunakan pada OnePlus 15 adalah cip Snapdragon 8 Elite 2, bateri 7000mAh dan pengecasan berwayar 100W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN