Close

Samsung Galaxy S25 FE mungkin diperkenalkan pada September ini

Samsung mungkin akan memperkenalkan model Galaxy S25 FE sedikit lebih awal berbanding sebelumnya.

Menurut laporan, Galaxy S25 FE dijangka akan diperkenalkan pada 19 September 2025 iaitu seminggu lebih awal berbanding Galaxy S24 FE pada 26 September 2024.

Selain itu, beberapa maklumat mengenai spesifikasi peranti turut tertitis. Galaxy S25 FE dikatakan hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED, cip Exynos 2400, kamera utama 50MP dan bateri 4500mAh. Rekaan peranti ini dikatakan lebih nipis dan lebih ringan berbanding Galaxy S24 FE.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan menyokong penarafan IP69. Peranti ini akan menjalankan sistem operasi One UI 8 yang berasaskan kepada Android 16. Tiada perubahan ketara namun peranti ini membawakan beberapa peningkatan kecil yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN