Close

CEO Intel kelahiran Malaysia dipaksa letak jawatan serta merta

Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump mendesak CEO baru Intel untuk meletakkan jawatan serta merta disebabkan oleh konflik besar.

Trump mengeluarkan kenyataan tersebut selepas seorang Senator Republikan membangkitkan kebimbangan terhadap keselamatan negara berhubung kaitan CEO Intel dengan syarikat-syarikat dari China.

CEO Intel iaitu Lip-Bu Tan dikatakan mengawal puluhan syarikat China dan mempunyai kepentingan dalam ratusan syarikat pembuatan cip China. Selain itu, Tan juga terlibat dalam kesalahan menjual produk secara haram kepada sebuah universiti tentera China dan memindahkan teknologi tanpa mendapatkan lesen sah semasa menjadi ketua syarikat Cadence Design Systems.

Lip-Bu Tan dilantik menjadi CEO Intel sekitar Mac lalu dilahirkan di Malaysia dan kini memegang warganegara Amerika Syarikat. Beliau yang pakar dalam industri teknologi telah dipilih untuk memimpin Intel selepas syarikat tersebut bergelut dalam masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN