Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi memperkenalkan peranti baru iaitu Redmi 15 5G ke pasaran tempatan. Merupakan peranti kelas permulaan dan ditawarkan pada harga yang mampu milik.

Redmi 15 5G hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.9-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP pada bahagian belakang dan 8MP untuk swafoto. Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia dimuatkan dengan bateri yang besar 7000mAh dan turut menyokong pengecasan 33W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti penarafan IP64, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC dan menjalankan sistem operas Xiaomi HyperOS 2. Peranti ini turut menyokong fungsi pintar seperti Circle to Search dan juga Google Gemini.

Di Malaysia, Redmi 15 5G ditawarkan pada harga RM729 dan tersedia dengan tiga pilihan warna iaitu Ripple Green, Titan Gray dan Midnight Black.