WhatsApp bakal membawakan satu ciri baru yang dipanggil sebagai Status ‘About’, membolehkan pengguna menetapkan tempoh masa untuk status pada bahagian About.
Berbeza dengan sebelum ini, status About akan kekal selagi mana pengguna tidak menukar secara manual. Namun dengan ciri ini, pengguna boleh mengawal sama ada status tersebut kekal atau hilang secara automatik selepas tempoh tertentu.

Ciri ini tersedia dalam beberapa pilihan masa yang boleh ditetapkan seperti 30 mint, 1 jam, 1 hari dan custom (kekal sehingga pengguna menukar secara manual). Ciri ini memberikan pengguna lebih fleksibiliti serta meningkatkan privasi dan kawalan dalam perkongsian maklumat atau mesej.
Sebagai contoh, pengguna boleh menetapkan status about seperti ‘sedang bercuti minggu ini’ dan status tersebut akan hilang secara automatik mengikut masa yang ditetapkan.
Buat masa ini, ciri ini hanya masih lagi dalam fasa ujian dan tersedia untuk pengguna versi Beta di Android dan iOS. Tidak dapat dipastikan, bilakah ciri ini akan ditawarkan pada semua pengguna.