Close

CIMB umum waktu penyelenggaraan sistem MyDebit untuk Ogos 2025

CIMB melalui laman web rasmi mereka menggumumkan sistem MyDebit akan mengalami gangguan sementara disebabkan oleh penyelenggaran berjadual yang akan dilakukan pada 16 dan 17 Ogos 2025.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan MyDebit CIMB tidak boleh diakses sementara waktu pada 16 Ogos bermula 12:00 tengah malam sehingga 8:00 pagi dan 17 Ogos bermula 12:00 tengah malam sehingga 5:00 pagi.

Penyelenggaraan ini dilakukan untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada masa akan datang. Selain itu, CIMB turut menyatakan permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

ARTIKEL BERKAITAN