Close

Siri Tecno Pova 7 5G tiba di Malaysia dengan harga bermula RM899

Tecno Malaysia secara rasmi memperkenalkan siri Tecno Pova 7 5G ke pasaran tempatan. Hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik dari segi rekaan dan juga spesifikasi.

Perkara menarik mengenai pada Pova 7 5G dan Pova 7 Ultra 5G adalah pada delta light interface, mirip seperti Nothing glyph interface. Diletakkan di sekeliling modul kamera yang berbentuk segi tiga dan mengandungi 104 lampu LED mikro. Boleh digunakan untuk notifikasi, muzik, pengecasan dan banyak lagi. Turut boleh mengubah suai delta light interface mengikut kesesuaian atau citarasa pengguna.

Bercakap mengenai spesifikasi, Untuk Tecno Pova 7 5G ia tampil dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.78-inci yang menyokong paparan 144Hz. Dijana dengan cip MediaTek Dimensity 7300 Ultimate yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan sensor swafoto sebesar 13MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W berwayar dan 30W tanpa wayar. Menyokong penarafan IP64 dan menjalankan sistem operasi HiOS yang berasaskan Android 15.

Untuk Tecno Pova 7 Ultra 5G pula, ia hadir skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 2800 x 1260. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8350 Ultimate yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 70W dan tanpa wayar 30W. Turut menyokong penarafan IP64 dan menjalankan sistem operasi HiOS yang berasaskan Android 15.

Di Malaysia, Tecno Pova 7 5G dijual pada harga RM899 (8GB + 128GB) dan RM999 (8GB + 256GB). Manakala untuk Tecno Pova 7 Ultra 5G pula dijual pada harga RM1299 (8GB + 256GB) dan RM1399 (12GB + 256GB).

ARTIKEL BERKAITAN