Close

iQOO Z10 Turbo+ diperkenalkan – Guna cip Dimensity 9400+ dan bateri 8000mAh

iQOO Z10 Turbo+ telahpun diperkenalkan secara rasmi ke pasaran China. Hadir dengan penawaran yang menarik dengan bateri sebesar 8000mAh dan dikuasakan dengan cip Dimensity 9400+.

iQOO Z10 Turbo+ hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 2800 x 1260. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 5500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400+ yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Perkara paling menonjol pada peranti adalah kapasiti bateri yang besar 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Walaupun dimuatkan dengan bateri yang besar peranti ini hanya setebal 8.1mm dan berat 212gram sahaja.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti penarafan IP65, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi OriginOS 5 berasaskan Android 15.

Di China, iQOO Z10 Turbo+ dijual pada harga bermula sekitar CNY2299 (RM1482) untuk 12GB + 256GB dan mencapai sehingga CNY2999 (RM1933) untuk 16GB + 512GB. Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran global atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN