Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 untuk tahun 2025 mula diterima oleh penerima bermula hari ini iaitu 12 Ogos.

Sumbangan STR Fasa 3 ini melibatkan peruntukan sekitar RM2 bilion yang akan dimanfaatkan 8.6 juta penerima. Jumlah peruntuk bagi Fasa 3 meningkat sekitar RM300,000 berbanding Fasa 2 iaitu RM1.7 billion. Peningkatan ini berikutan permohonan dibuka sepanjang tahun demi memastikan semua yang layak tidak tertinggal.

Pembayaran STR akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sedia ada dan penerima baru yang berdaftar di dalam pangkalan data STR. Pembayaran STR Fasa 3 akan diberikan mengikut kepada kategori kelayakan masing-masing.
Untuk makluman, STR Fasa 3 adalah berbeza dengan bantuan tunai SARA RM100 yang diumumkan bulan lalu. Bantuan SARA RM100 diberikan secara ‘one-off’ kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas dan boleh digunakan antara 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 menggunakan MyKad.
Untuk semakan status kelayakan atau maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau manfaat.mof.gov.my.