Pengeluar telefon pintar dari China iaitu Xiaomi dilaporkan sedang menguji peranti dengan kapasiti bateri antara 8500mAh hingga 9000mAh.
Menurut maklumat, Xiaomi telah memulakan ujian secara dalaman untuk peranti dengan bateri berkapasiti antara 8500mAh hingga 9000mAh. Teknologi bateri ini dikatakan dibangunkan sendiri oleh Xiaomi tanpa menjejaskan jangka hayat kitaran untuk pengecasan.

Walaupun menggunakan kapasiti bateri yang besar, peranti tersebut dikatakan hanya setebal 8.5mm hampir sama seperti kebanyakkan model Redmi lain. Tiada maklumat yang dikongsi mengenai peranti pertama yang akan menggunakan teknologi bateri ini.
Ketika ini, iQOO telahpun memperkenalkan peranti dengan bateri 8000mAh. Sementara itu, HONOR dikatakan sedang membangunkan peranti dengan bateri sehingga 10,000mAh. Peranti dengan bateri besar dijangka akan menjadi trend baru dalam segmen telefon pintar.