Infinix secara rasmi memperkenalkan satu lagi peranti baru iaitu GT30 5G+ ke pasaran India. Seperti mana model GT30 Pro, peranti ini turut memfokuskan kepada permainan dengan penawaran harga mampu milik.

Infinix GT 30 5G+ hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 45W dan pengecasan berbalik 10W.

Dengan memfokuskan kepada permainan, peranti ini hadir dengan butang trigger, sistem penyejukan 3D dan sokongan permainan BGMI pada 90fps. Selain itu, ia turut hadir dengan lampu LED putih yang boleh diubah suai dan menyokong penarafan IP64.
Di India, Infinix GT30 5G+ ini dijual pada harga bermula sekitar ₹24,999 (RM1207) dan meningkat kepada ₹26,999 (RM1304).