Close

HONOR MagicPad 3 akan tiba di Malaysia pada 20 Ogos ini

HONOR Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran untuk tablet baru mereka iaitu MagicPad 3 pada 20 Ogos ini.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh HONOR Malaysia. Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan MagicPad 3 akan menawarkan kemampuan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Dari segi rekaan, mungkin tiada perubahan ketara yang dilakukan bermaksud ia kekal menggunakan rekaan jenis berkotak dengan sisi jenis rata. HONOR mungkin akan melakukan sedikit perubahan pada rekaan modul kamera yang digunakan.

MagicPad 3 dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, skrin LCD 13.3-inci dan bateri 12,450mAh. Maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarnnya kelak, jadi sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN