Xiaomi melalui acara Smart Living Showcase 2025 yang sedang berlangsung di Setia City Mall, telah memperkenalkan rangkaian produk AIoT pintar Xiaomi dan juga pelbagai peranti rumah pintar baru.

Antara peranti rumah pintar baru yang diperkenalkan adalah Xiaomi TV A 2026 Series, Xiaomi 4K Monitor A27Ui, Xiaomi Robot Vacuum H40 dan Xiaomi Robot Vacuum S40. Menariknya, melalui acara ini Xiaomi membawakan tawaran eksklusif iaitu Xiaomi Smart Home Super Combo, pakej lengkap lima peralatan rumah pintar pada harga RM7999, penjimatan sebanyak 41% berbanding harga biasa RM13,595.

Pengunjung turut berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ‘Spend & Win’ dengan berbelanja RM1000 atau lebih dalam satu resit dengan hadiah yang ditawarkan bernilai RM50,000 secara keseluruhan.

Selain itu, terdapat juga slot Flash Sales yang menawarkan barangan Xioami terpilihan pada harga serendah RM9.90 sahaja. Sebanyak empat slot Flash Sales akan dibuat setiap hari pada masa 12PM, 4PM, 6PM, dan 8PM.

Bagi yang berminat, acara Xiaomi Smart Living Showcase 2025 ini diadakan bermula 13 hingga 17 Ogos 2025 di Center Court, Setia City Mall.