Close

POCO M7 Plus 5G diumumkan dengan cip Snapdragon 6s Gen 3 dan bateri 7000mAh

POCO M7 Plus 5G telah diperkenalkan secara rasmi di India. Merupakan pengganti kepada model sebelumnya iaitu POCO M6 Plus yang diperkenalkan pada Ogos tahun lalu.

POCO M7 Plus hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.9-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 144Hz. Dikuaskan dengan cip Snapdragon 6s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan sensor kedalaman. Untuk swafoto ia menggunakan sensor sebesar 8MP. Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan bateri sebesar 7000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Walaupun dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar, POCO M7 Plus 5G ini hanya setebal 8.4mm dan seberat 217 gram sahaja. Peranti ini menyokong penarafan IP64, pengimbas cap jari pada butang kuasa, IR Blaster dan menjalankan sitem operasi Hyper OS berasaskan Android 14.

Untuk pasaran India, POCO M7 Plus 5G dijuap pada harga bermula sekitar INR13,999 (RM627) untuk 6GB + 128GB dan INR14,999 (RM720) untuk 8GB + 128GB. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu wAqua Blue, Carbon Black dan Chrome Silver.

ARTIKEL BERKAITAN