Close

iPhone 17 Pro mungkin tiada pilihan varian 128GB

Apple mungkin tidak lagi menawarkan varian asas 128GB untuk iPhone 17 Pro. Bermaksud, iPhone 17 Pro hanya akan ditawarkan dengan varian bermula 256GB.

Menurut laporan, Apple akan menggandakan storan untuk varian asas iPhone 17 Pro menjadikan penawaran storan akan bermula dari 256GB bukan 128GB. Seiring dengan peningkatan storan, harga jualan untuk iPhone 17 Pro dijangka akan meningkat sekitar $50 (RM209).

Apple telah lama mengekalkan varian asas 128GB sejak pelancaran iPhone 12 Pro pada 2020, ini mungkin waktu yang sesuai untuk Apple memperkenalkan storan bermula 256GB. Storan 128GB boleh dikatakan agak kurang relevan ketika ini memandangkan saiz memori untuk aplikasi, imej atau video semakin bertambah dan besar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN