Syarikat fotografi ikonik berusia 133 tahun iaitu Kodak, menyatakan mereka mungkin tidak dapat meneruskan operasi pada masa hadapan atau dalam bahasa mudah akan bankrap.
Dalam laporan kewangan suku tahunan, Kodak menyatakan mereka tidak mempunyai perbiayaan komited yang mencukupi untuk membayar hutang berjumlah $500 juta yang akan matang tidak lama lagi. Keadaan tersebut telah menimbulkan keraguan besar terhadap kemampuan syarikat untuk terus beroperasi.

Kodak bercadang untuk memberhentikan pembayaran pelan pencen persaraannya bagi menambah dana syarikat. Peningkatan tarif tidak memberi kesan besar memandang kebanyakkan produk mereka dihasilkan di Amerika Syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kodak iaitu Jim Continenza, syarikat masih mempunyai rancangan untuk membuat kemajuan dalam tempoh jangka panjang. Laporan ini telah menyebabkan saham Kodak (KODK) jatuh lebih 25% dalam dagangan tengah hari Selasa.
Kodak ditubuhkan pada 1892 pernah menguasai pasaran filem sebanyak 90% dan pasaran kamera sebanyak 85% di Amerika Syarikat. Puncak kegagalan atau kejatuhan Kodak adalah mereka gagal menyesuaikan diri dalam era digital.
Kodak pernah memfailkan muflis pada 2012 dengan hutang sekitar $6.75 bilion. Namun, mendapat peluang kedua pada 2020 apabila kerajaan Amerika Syarikat meminta mereka menghasilkan bahan farmaseutikal, menyebabkan harga saham melonjak secara mendadak.