Close

CelcomDigi akan tawar Google Pixel 10 di Malaysia – Tiba pada 21 Ogos ini

CelcomDigi telah mula mempromosikan ketibaan Google Pixel 10 ke pasaran tempatan melalui laman web rasmi mereka.

Berdasarkan kepada promosi tersebut, Google Pixel 10 akan tiba ke pasaran tempatan pada 21 Ogos ini. Selain itu, pengguna mempunyai pilihan untuk menambah ketibaan Google Pixel 10 pada kalender. Tidak dapat dipastikan berapa pilihan model yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Google telah menjadualkan acara pelancaran siri Pixel 10 pada 20 Ogos ini melalui acara ‘Made By Google’. Peranti yang dijangka akan diperkenalkan adalah Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL, Pixel 10 Pro Fold dan juga Pixel Watch 4.

Pixel 10 dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci, cip Tensor G5 dan bateri 4970mAh. Peningkatan paling menarik pada model ini adalah ia akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor telefoto sebagai tambahan baru.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsi oleh CelcomDigi. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN