vivo secara rasmi mengesahkan ketibaan set kepala Mixed Reality (MR) pertama mereka pada 21 Ogos ini di China. Set kepala pertama dari vivo ini akan dikenali sebagai Vision

Seiring dengan pengumuman tersebut, vivo turut berkongsi beberapa teaser rasmi berkenaan peranti tersebut. Dari segi rekaan, vivo Vision mirip seperti Apple Vision Pro menggunakan binaan logam dan juga visor untuk paparan utama. Terdapat juga butang digital crown yang digunakan untuk mengawal opacity dan tali knit pada bahagian belakang.


vivo Vision dikatakan mampu menawarkan pengalaman penggunaan yang imersif setanding Vision Pro. Selain itu, peranti ini turut dikatakan lebih ringan untuk memberikan keselesaan yang lebih baik untuk penggunaan jangka masa panjang.

Walau bagaimanapun, vivo tidak akan menawarkan peranti ini secara meluas. Sebaliknya, ia akan tersedia sebagai produk percubaan di kedai rasmi vivo di China. Sekiranya berminat, pegguna boleh membuat tempahan selepas mencuba sendiri peranti tersebut.