POCO Malaysia secara rasmi memperkenalkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu POCO M6. Merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan rekaan dan spesifikasi yang menarik.

POCO M7 dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.9-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Perkara menarik yang ditawarkan pada peranti ini adalah kapasiti bateri yang lebih besar 7000mAh yang menyokong pengecasan 33W.
Spesfikasi lain yang turut hadir adalah penarafan IP64, NFC, pengimbas cap jari, IR Blaster dan Menjalankan sistem operasi HyperOS 2 berasaskan Android 15. Peranti ini turut menyokong Google Gemini dan Circle to Search.

Di Malaysia, POCO M7 dijual pada harga bermula RM499 untuk 6GB RAM + 128GB storan dan RM599 untuk 8GB RAM + 256GB. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Silver, Blue dan Black.