Samsung bakal memperkenalkan cermin mata pintar pertama mereka pada tahun depan. Peranti ini akan menjadi altenatif yang lebih mudah berbanding set kepala di bawah Project Moohan yang diumumkan sebelum ini.

Menurut laporan, rekaan cermin mata pintar pertama dari Samsung ini mirip seperti Ray-Ban Meta yang lengkap dengan kamera, mikrofon terbina dan pembesar. Selain itu, ia akan turut menyokong pembantu AI yang membolehkan pengguna membuat panggilan, merakam gambar atau video dan sebagainya.

Samsung menjangkakan AI Glasses akan menjadi peranti seterusnya yang mampu menggantikan telefon pintar sebagai peranti atau gajet utama pengguna. Berikutan dari itu, Samsung ingin menjadi pengeluar terawal yang menerajui kategori tersebut.
Sekiranya laporan ini tepat, 2026 akan menjadi tahun yang penting bagi Samsung dalam segmen peranti boleh pakai berasaskan AI.