Maybank bakal melakukan penyelenggaraan sistem pada 19 dan 20 Ogos ini bagi memastikan perkhidmatan perbankan dalam talian kekal selamat dan lancar.

Seiring dengan itu, beberapa perkhidmatan akan mengalami gangguan dan tidak boleh diakses buat sementara waktu. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti DuitNow, DuitNow Transfer, DuitNow Request / Send Money, DuitNow QR dan DuitNow Cross Border, tidak boleh diakses pada 19 Ogos bermula jam 12.30 hingga 2.30 pagi serta 20 Ogos bermula jam 12.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Selain itu, perkhidmatan JomPay, Interbank GIRO, FPX dan Debit Mandate turut tidak boleh diakses pada 20 Ogos bermula jam 3.00 pagi hingga 4.00 pagi.
Berikutan dari gangguan tersebut, Maybank menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan pengguna digalakkan untuk merancang urusan perbankan. Untuk maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.