Tinggal beberapa hari sahaja lagi Google akan memperkenalkan siri Pixel 10 iaitu pada 20 Ogos ini. Seiring dengan itu, beberapa maklumat mengenai spesifikasi Pixel 10 Pro Fold telahpun tertiris.

Menurut laporan, Pixel 10 Pro Fold akan hadir dengan skrin luar bersaiz 6.4-inci LTPS OLED manakala skrin dalam pula bersaiz 8-inci LTPO OLED dengan kecerahan puncak 3000 nits. Peranti ini setebal 10.8mm bila dilipat dan menjadi 5.2mm apabila dibuka. Dikuasakan dengan cip Tensor G5 yang dipadankan dengan 16GB RAM LDPPR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 10.5MP Ultra Lebar + 10.8MP Telefoto dengan zum optik sehingga 5x. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 10MP yang diletakkan pada skrin dalam dan skrin luar.
Dimuatkan dengan bateri 5105mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W berwayar dan 15W tanpa wayar dengan teknologi Qi2. Menyokong penarafan IP68 dan menjalankan sistem operasi Android 16. Pixel 10 Pro Fold akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Moonstone dan Jade.