Kilang kenderaan elektrik (EV) Proton di Tanjung Malim dijangka akan memulakan proses pengeluaran sekitar Sepember ini.

Kilang tersebut dikatakan telah mencapai 90.4 peratus siap bagi pembinaan infrastruktur bangunan manakala untuk pemasangan peralatan sekitar 83.5 peratus, menjadikan kemajuan keseluruhan projek kini pada 86.9 peratus.

Kilang baru ini akan menjadi pusat pengeluaran pelbagai model yang dibina di atas platform ‘Global Modular Architecture’ (GMA). Model EV pertama Proton iaitu e.MAS 7 akan jadi pengeluaran terawal dan diikuti dengan e.MAS 5.
Proton menyatakan kapasiti pengeluaran untuk permulaan adalah sebanyak 20,000 unit setahun dan meningkat kepada 45,000 unit setahun. Pengembangan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat, mengikut kepada permintaan pasaran di Malaysia dan di luar negara.