Close

Spesifikasi HONOR Magic8 mini tertiris – Guna cip Dimensity 9500

HONOR Magic8 mini mungkin akan menjadi model ketiga yang akan diperkenalkan dalam siri Magic8. Sebelum ini, telah ada beberapa laporan mendedahkan mengenai peranti tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, spesifikasi untuk Magic8 mini telah tertiris. Sekaligus, mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Menurut laporan, Magic8 mini tidak akan dikuasakan dengan cip Qualcomm sebaliknya menggunakan cip MediaTek iaitu Dimensity 9500.

Berbeza dengan dua lagi model iaitu Magic8 dan Magic8 Pro yang akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite 2. Selain itu, Magic8 mini akan menggunakan skrin bersaiz 6.3-inci dengan rekaan yang nipis dan juga ringan.

Dengan menggunakan rekaan yang nipis dan ringan Magic8 mini tidak akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar. Magic8 mini tidak akan diperkenalkan bersama dengan Magic8 dan Magic8 Pro, sebaliknya ia akan diperkenalkan pada 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN