Peranti Redmi yang seterusnya iaitu Note 15 Pro+ akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 7000mAh. Penawaran ini dilihat selari dengan perubahan dan penawaran yang dilakukan oleh kebanyakkan pengeluar dari China.

Melalui teaser yang dikongsi oleh Redmi, peranti ini tidak hanya hadir dengan kapasiti bateri yang besar. Tetapi, turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas 90W dan pengecasan berbalik iaitu 22.5W. Teknologi pengecasan ini dillihat cukup efisien untuk dipadankan dengan bateri 7000mAh.

Redmi Note 15 Pro+ akan hadir dengan skrin jenis melengkung bersaiz 6.83-inci dengan kecerahan puncak 3200 nits. Peranti ini akan turut menyokong empat penarafan iaitu IP66, IP68, IP69 dan IP69K, membolehkan peranti ini bertahan dalam suhu dan semburan air bertekanan tinggi.
Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan sistem audio stereo dengan kelantangan mencapai sehingga 400% untuk memberikan pengalaman audio yang lebih imersif. Redmi telah menjadualkan acara pelancaran siri Redmi Note 15 Pro pada 21 Ogos ini.