Close

Cip Snapdragon 7s Gen 4 diumumkan – Tawar prestasi CPU dan GPU lebih berkuasa

Qualcom mengumumkan cip kelas pertengahan baru iaitu Snapdragon 7s Gen 4. Merupakan pengganti kepada cip semasa iaitu Snapdragon 7s Gen 3.

Cip Snapdragon 7s Gen 4 hadir dengan peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Masih menggunakan konfigurasi yang sama iaitu CPU Kyro 8 teras (1+3+4) dengan 1x teras perdana dengan kelajuan 2.7GHz + 3x teras prestasi dengan kelajuan 2.4GHz + 4x teras kecekapan dengan kelajuan 1.8GHz.

Qualcomm mendakwa, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sekitar 7% pada CPU dan GPU berbanding generasi sebelumnya. Cip ini turut dimuatkan dengan ciri permainan dari Snapdragon Elite Gaming iaitu Adaptive Performance Engine 3.0, Adreno Frame Motion Engine dan Snapdragon Game Super Resolution.

Prestasi AI juga menerima peningkatan melalui Hexagon NPU yang menyokong model generasi seperti Llama 1B dan Qwen 1B. Peningkatan menarik pada cip ini adalah sokongan skrin yang menyokong resolusi sehingga 1300 x 2900 dengan paparan 144Hz.

Kemampuan kamera turut ditambah baik melalui Spectra ISP baru yang menyokong sensor sehingga 200MP dan rakaman video pada resolusi 4K 30fps dengan format HDR seperti HLG, HDR10 dan HDR10+. Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti 5G sub-6 GHz, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, RAM LPDDR5, Storan UFS 3.1, Quick Charge 4+, aptX Lossless dan aptX Adaptive.

Buat masa ini, tiada maklumat yang dikongsi oleh Qualcomm mengenai peranti terawal yang akan menggunakan cip Snapdragon 7s Gen 4.

ARTIKEL BERKAITAN