Close

HONOR MagicPad 3 tiba di Malaysia dengan harga RM2999

HONOR Malaysia secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka iaitu MagicPad 3. Pengganti kepada model sebelumnya, tampil dengan spesifikasi yang menarik dan rekaan yang lebih baik.

MagicPad 3 hanya setebal 5.79mm dengan berat sekitar 595 gram. Menggunakan skrin LCD bersaiz 13.3-inci dengan resolusi 3.2K dan menyokong paparan 165Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 2MP Makro dan swafoto 9MP. Tablet ini dimuatkan dengan bateri 12,450mAh menggunakan teknologi silicon-carbon yang menyokong pengecasan pantas 66W.

MagicPad 3 ini turut hadir dengan pelbagai fungsi AI yang membantu untuk meningkatkan produktiviti pengguna. Antara fungsi yang ditawarkan adalah seperti AI writing tools, AI smart ink, AI voiceprint noise cancellation, AI image, AI asisstan dan lain-lain.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada peranti ini adalah seperti 8 pembesar suara dengan HONOR spatial, Bluetooth 5.4, WiFi 7 dan menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, HONOR MagicPad 3 ditawarkan pada harga RM2999 untuk 16GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula 22 Ogos 2025 dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM998.

ARTIKEL BERKAITAN