Tesla telah memperkenalkan Model Y L untuk pasaran China yang menawarkan konfigurasi sehingga enam tempat duduk.

Model Y L adalah Model Y yang bersaiz lebih besar dengan beberapa perubahan pada bahagian luaran dan juga dalaman. Dari segi saiz, Model Y L adalah 4976mm panjang, 1920mm lebar, 1668mm tinggi dengan jarak roda 3040mm.

Dikuasakan dengan dwi-motor dengan pacuan semua roda yang mampu menghasilkan kuasa 142 kW pada bahagian hadapan dan 198 kW pada bahagian belakang. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 201 km/j.


Untuk bahagian dalaman, ia dilengkapi dengan skrin 16-inci di bahagian hadapan dan 8-inci di bahagian belakang. Turut menyokong pengecasan tanpa wayar dengan sistem audio baru dengan penambahan pembesar suara pada konsol tengah dan bumbung.

Model Y L ini dimuatkan dengan bateri 82 kWh yang menawarkan jarak gerak sehingga 751 km mengikut piawaian CLTC. Di China, Tesla Model Y L dijual pada harga bermula sekitar CNY3399,000 (RM199,697) dengan penghantaran pertama dijangka bermula sekitar September ini.