Xiaomi secara rasmi memperkenalkan siri Redmi Note 15 ke pasaran China, tampil dengan tiga pilihan model iaitu Redmi Note 15, Redmi Note 15 Pro dan Redmi Note 15 Pro+.

Redmi Note 15 tampil dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5800mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut tersedia, IR Blaster, WiFi 6, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan Xiaomi HyperOS 2.

Untuk Redmi Note 15 Pro, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400-Ultra yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W dan 22.5W pengecasan berbalik. Spesifikasi lain yang turut tersedia, IR Blaster, WiFi 6, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan Xiaomi HyperOS 2.

Manakala untuk model premium iaitu Redmi Note 15 Pro+, dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pantas 90W. Peranti ini menyokong empat penarafan iaitu IP69K, IP69, IP68 dan IP66.
Untuk pasaran China, Redmi Note 15 dijual pada harga bermula sekitar CNY999 (RM588), CNY1499 (RM883) untuk Redmi Note 15 Pro dan CNY1999 (RM1775) untuk Redmi Note 15 Pro+. Tidak dapat dipastikan adakah peranti akan tiba untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.