Seperti yang kita tahu, kerajaan telahpun mengumumkan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM100 kepada warganegara dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Seiring dengan itu, rakyat kini boleh menyemak status kelayakan melalui platform SARA. Bantuan ini diletakkan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan disalurkan melalui MyKad bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Untuk menyemak status kelayakan, pergi ke laman rasmi SARA dan masukkan no kad pengenalan. Harus diingatkan, bantuan ini tersedia untuk semua dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk menerima bantuan ini. Selain semakan status kelayakan, pengguna turut boleh menyemak senarai kedai berdekatan untuk menebus bantuan SARA RM100.

Pengguna juga boleh melakukan perkara yang sama melalui aplikasi MyKasih. Aplikasi ini tersedia di Google Play Store dan Apple App Store. Untuk bantuan atau sokongan berkenaan bantuan SARA 2025, boleh layari laman web rasmi MyKasih.