HONOR secara rasmi memperkenalkan Magic V Flip 2 di China, merupakan fon lipat jenis clamshell yang kedua dari HONOR hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik.

Magic V Flip 2 hadir dengan skrin dalam bersaiz 6.82-inci dan skrin luar bersaiz 4.0-inci. Skrin dalam menyokong kecerahan puncak 5000 nits manakala skrin luar pula menyokong kecerahan puncak 3600 nits. Selain itu, kedua-dua skrin menggunakan panel LTPO OLED dan menyokong paparan 120Hz.

Dari segi prestasi, ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan sehingga 16GB RAM dan 1TB storan dalaman. Perkara paling menonjol mengenai peranti ini adalah pada tetapan kamera, menggunakan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP pada skrin dalam.

Peranti ini dimuatkan dengan bateri silikon-karbon 5500mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar, 50W tanpa wayar dan 7.5W pengecas tanpa wayar berbalik. Kapasiti bateri ini boleh dikatakan antara yang terbesar dimuatkan pada fon lipat jenis clamshell.
Spesifikasi lain yang turut tersedia seperti penarafan IP58/IP59, pmebesar suara jenis stereo, WiFi 7, Bluetooth 5.3 dan menjalankan sistem operasi Magic OS 9.0 berasaskan Android.

Di China, HONOR Magic V Flip 2 ini dijual pada harga bermula sekitar CNY5499 (RM4501) dan ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Purple, White dan Gray dan Blue (Prof. Jimmy Choo).