Instagram dilaporkan sedang menguji ciri baru iaitu Picture-in-Picture (PiP) untuk Reels. Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna menonton kandungan melalui floating window sambil menggunakan aplikasi lain.

Ciri PiP ini membolehkan video Reels terus dimainkan melalui floating windows biarpun pengguna keluar daripada aplikasi. Selain itu, ciri ini membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas lain seperti membalas mesej atau membuka aplikasi lain.
Ketibaan ciri ini dijangka akan dapat meningkatkan masa tonton dan juga interaksi pengguna pada kandungan yang ditonton. Bukan itu sahaja, ciri ini akan membolehkan Instagram bersaing dengan lebih kompetitif dengan platform lain seperti YouTube dan TikTok.
Ciri ini masih lagi dalam fasa ujian dan hanya melibatkan kumpulan kecil pengguna sahaja. Tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai ketibaan ciri.