Close

HUAWEI Mate XTs diumumkan – Guna cip Kirin 9020, bateri 5600mAh dan HarmonyOS 5

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan fon tri-lipat generasi kedua mereka iaitu Mate XTs. Melaluinya, ia hadir dengan beberapa naik taraf yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Dari segi rekaan, ia masih mengekalkan rekaan yang sama seperti Mate XT, namun ditawarkan dengan pilihan warna baru iaitu ungu dan putih. Mate XTs hadir boleh digunakan dalam tiga pilihan skrin iaitu 6.4-inci ketika dilipat, 7.9-inci apabila skrin kedua dibuka dan 10.2-inci apabila skrin ketiga dibuka. Mate XTs hanya setebal 3.8mm apabila dibuka dan berat hanya sekitar 298 gram sahaja.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9020 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. HUAWEI mendakwa, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 36% berbanding Kirin 9010. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP + 40MP Ultra Lebar + 12MP Periskop Telefoto dan swafoto 8MP.

Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar, 50W tanpa wayar dan 7.5W pengecasan tanpa wayar berbalik. Mate XTs menjalankan sistem operasi HarmonyOS 5 dan menyokong pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Di China, HUAWEI Mate XTs dijual pada harga bermula sekitar CNY17,999 (RM10,644) dan mencecah sehingga CNY21,999 (RM13,010). Tidak dapat dipastikan adakahperanti ini akan turut ditawarkan ke pasaran global atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN