Close

OnePlus tamatkan kerjasama dengan Hasselblad

Selepas lima tahun bekerjasama dengan Hassleblad, OnePlus mengesahkan kerjasama tersebut akan ditamatkan. Kerjasama antara OnePlus dan Hasselblad bermula pada 2021 dengan model pertama yang menggunakannya adalah siri OnePlus 9.

Maklumat tersebut disahkan oleh CEO OnePlus iaitu Pete Lau, beliau mendedahkan yang mereka sedang membangunkan sistem pengimejan sendiri yang dipanggil sebagai OnePlus DetailMax Engine. Ketibaan sistem pengimejan ini menandakan permulaan era baru pengimejan untuk peranti OnePlus.

DetailMax Engine akan menggunakan algoritma termaju yang mampu menghasilkan imej yang lebih realistik berbanding generasi sebelumnya. Pete Lau telahpun mencuba prototaip awal sistem tersebut dan menyatakan hasil imej yang diperoleh setakat ini mengagumkan.

Sistem pengimejan ini dijangka tiba bersama dengan OnePlus 15 yang akan diperkenal tidak lama lagi. Namun, persoalannya sekarang, adakah DetailMax Engine mampu untuk mengekalkan atau mengatasi reputasi Hasselblad.

ARTIKEL BERKAITAN