YouTube kini mengikuti jejak langkah Netflix dan Disney+ dengan mula menguatkuasakan syarat perkongsian akaun yang lebih ketat. Bermula September 2025, YouTube akan memperketatkan syarat untuk pelan Premium Family.

Perubahan ini, bakal menyaksikan akaun pengguna yang tidak tinggal dalam rumah yang sama akan disekat dalam masa 14 hari. Menurut terma perkhidmatan YouTube Premium Family, semua ahli pelan keluarga perlu tinggal dalam rumah yang sama dengan pengurus akaun.
Terma ini bukan sesuatu yang baru, YouTube kini mula menguatkuasannya terma tersebut secara serius dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka. Pengguna perlu memilih sama ada melanggan YouTube Premium individu atau berhenti menggunakan perkhidmatan tersebut.
Tidak seperti Netflix, YouTube tidak menawarkan pilihan lain seperti membayar harga tambahan bagi mengekalkan akses akaun di lokasi berbeza. Buat masa ini, perubahan ini belum lagi dilaksanakan secara meluas.