MediaTek telah menjadualkan acara pelancaran untuk cip andalan mereka yang seterusnya iaitu Dimensity 9500 pada 22 September ini, acara tersebut akan berlangsung di China.

Dimensity 9500 dijangka akan menawarkan kemampuan yang lebih baik pada CPU, GPU dan NPU berbanding generasi sebelumnya. MediaTek berkemungkinan akan menggunakan teras CPU baru iaitu Arm C-1 yang dipadankan dengan GPU ARM Mali G1-Ultra.
Skor antutu V11 untuk cip ini telahpun tetiris dengan skor melebihi 4 juta, digunakan pada peranti andalan vivo iaitu X300 dan X300 Pro. Maklumat tersebut sekaligus mengesahkan, siri vivo X300 akan menjadi peranti pertama yang akan dikuasakan dengan cip Dimensity 9500.
Dimensity 9500 akan menjadi pencabar kepada cip andalan lain Snapdragon 8 Elite Gen 5, Exynos 2500 dan Apple A19 Pro.