Close

realme 15 dan 15 Pro tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1499

realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru iaitu realme 15 dan realme 15 Pro. Hadir dengan pakej yang lebih menarik dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih baik.

realme 15 Pro hadir dengan skrin OLED jenis melengkung bersaiz 6.8-inci dengan paparan yang lebih tinggi iaitu 144Hz. Skrin peranti ini turut menyokong kecerahan puncak sehingga 6500 nits dan PWM Dimming 4608Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Walaupun dilengkapi dengan bateri yang besar, peranti ini hanya seberat 187 gram sahaja.

Manakala untuk realme 15, hadir dengan skrin AMOLED jenis rata bersaiz 6.8-inci dengan paparan 144Hz. Turut menyokong kecerahan puncak sehingga 4500 nits dan PWM Dimming pada 3840Hz. Dikuasakan dengan cip Dimenisty 7300+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Turut dimuatkan dengan bateri 7000mAH dan menyokong pengecasan pantas 80W. Menariknya, berat peranti ini hanyalah sekitar 185 gram sahaja.

Kedua-dua peranti ini turut hadir dengan penarafan IP69 dan menjalankan sistem operasi realme UI 6.0 yang berasaskan Android 16. Tidak ketinggalan ia menyokong ciri AI baru iaitu AI Edit Genie, AI Gaming Coach 2.0 dan juga AI Ultra Touch Control.

Di Malaysia, realme 15 dijual pada harga RM1399 (8GB + 256GB) dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu silk pink dan suit titanium. Manakala untuk realme 15 Pro, ia dijual pada harga bermula RM1799 (12GB + 256GB) dan RM2099 (12GB + 512GB) dan turut ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu velvet green dan flowing silver.

ARTIKEL BERKAITAN