Maybank bakal melakukan penyelenggaraan berjadual pada hari Sabtu, 20 September 2025. Seiring dengan itu, beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses untuk sementara waktu.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti DuitNow, DuitNow Transfer, DuitNow Request, DuitNow QR, JomPay, FPX, Interbank GIRO dan Debit Mandate, tidak boleh diakses pada 20 September bermula jam 3.00 hingga 8.00 pagi.
Semua perkhidmatan ATM turut tidak boleh diakses pada 20 September bermula jam 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi. Selain itu, perkhidmatan Currency Exchange melalui aplikasi MAE juga tidak boleh diakses bermula jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.
Penyelenggaran ini dibuat untuk memastikan perkhidmatan perbankan dalam talian kekal selamat dan lancar. Berikutan dari gangguan tersebut, Maybank menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan pengguna digalakkan untuk merancang urusan perbankan. Untuk maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.