Close

Rekaan HONOR Magic 8 tertiris – Guna skrin rata dengan pilihan warna baru

Siri HONOR Magic 8 dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Biarpun, HONOR belum lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancaran, namun telah ada laporan mendedahkan imej peranti tersebut.

Imej yang didakwa sebagai Magic 8 itu memperlihatkan beberapa butiran mengenai rekaan peranti tersebut. Hadir dengan rekaan premium dengan corak unik pada bahagian panel belakang. Corak unik tersebut menjadikan peranti ini nampak lebih menonjol dan memberikan kesan khas apabila terkena cahaya.

Peranti ini dikatakan hadir dengan pilihan warna baru yang dipanggil sebagai Sky Blue Gaze. Menggunakan rekaan skrin jenis rata dengan bezel yang lebih nipis untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih imersif. Rekaan sisi juga dilihat menggunakan rekaan jenis rata dengan bahan binaan logam yang memberikan rasa lebih premium.

Selain itu, imej tersebut turut mengesahkan Magic 8 hadir dengan tetepan tri-kamera belakang dan menggunakan rekaan modul kamera berbentuk bulat. Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan.

HONOR dijangka akan memperkenalkan siri Magic 8 pada tahun ini, sekitar Oktober hingga Disember tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN