Close

Kerajaan menetapkan harga RON95 pada RM2.60 seliter tanpa subsidi

Kerajaan menetapkan harga RON95 pada RM2.60 seliter tanpa subsidi bagi tempoh 30 September hingga 8 Oktober 2025.

Penetapan harga ini seiring dengan perlaksanaan program subsidi bersasar petrol RON95 atau Budi Madani RON95 (BUDI95), membolehkan warganegara Malaysia menikmati harga subsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter dengan had kelayakan 300 liter sebulan.

Manakala untuk sektor pengangkutan darat awam dan pengangkutan darat barangan di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) ditetapkan pada RM2.05 seliter.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON95 dengan mengambil kira pergerakkan harga pasaran minyak. Untuk permulaan, harga runcit untuk RON95 kekal pada RM2.60 seliter untuk bulan Oktober 2025. Selain itu, harga runcit untuk petrol RON97 terus kekal pada RM3.21 seliter.

Dalam masa yang sama, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN