Close

Sony perkenal Monitor Gaming 27″ – Sokong DualSense Charging Hook

Sony memperkenalkan monitor gaming bersaiz 27-inci yang dibina khusus untuk konsol PlayStation 5 (PS5) dan juga PC.

Monitor ini disasarkan kepada pengguna yang gemar bermain di meja atau desktop setup, turut ditawarkan dengan beberapa ciri eksklusif untuk ekosistem PS5. Menggunakan panel IPS bersaiz 27-inci dengan resolusi QHD. Turut menyokong High Dynamic Range (HDR) dengan Auto HDR Tone Mapping, yang secara automatik melaras tetapan paparan apabila digunakan pada PS5 atau PS5 Pro.

Selain itu, ia juga menyokong Variable Refresh Rate (VRR) dengan paparan 120Hz pada PS5 dan mampu mencapai sehingga 240Hz apabila digunakan dengan PC atau Mac. Perkara menarik mengenai monitor ini adalah ia hadir dengan DualSense Charging Hook secara terbina, membolehkan ia mengecas DualSense atau DualSense Edge secara terus dari monitor.

Untuk sambungan, ia menyokong 1x HDMI 2.1, 1x Display Port 1.4, 2x USB Type-A, 1x audio 3.5mm dan 1x USBT Type-C. Spesifikasi lain, monitor ini turut menyokong pembesar suara stereo terbina dan pemasangan VESA untuk paparan yang fleksible.

Monitor Gaming 27″ akan dilancarkan pada tahun depan iaitu 2026. Untuk permulaan, monitor ini hanya ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat dan Jepun. Maklumat mengenai harga dan tarikh pelancaran rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN