Close

Google mungkin perkenal ciri ‘NameDrop’ untuk Android

Google dilaporkan sedang membangunkan ciri baru untuk Android yang berfungsi seperti NameDrop pada iOS. Ciri tersebut memudahkan pengguna untuk berkongsi fail dengan hanya mendekatkan dua peranti.

Ciri tersebut berasaskan kepada NFC dan mungkin akan dinamakan sebagai Gesture Exchange. Kod berkaitan ciri tersebut telah dikesan melalui Google Play Services versi beta v25.44.32 dengan kod “Contact Exchange Activity”.

Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih maklumat yang ingin dikongsi seperti nombor telefon, gambar atau e-mel. Penerima mempunyai pilihan maklumat yang ingin diterima dan juga terdapat butang untuk menyimpan maklumat yang telah diterima.

Ciri ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tersedia. Selain itu, nama rasmi untuk ciri ini mungkin bertukar apabila diperkenalkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN