DJI secara rasmi memperkenalkan Osmo Action 6 di China, lebih awal daripada pelancaran global yang dijadualkan berlangsung pada 18 November ini.

DJI Osmo Action 6 merupakan pengganti kepada Osmo Action 5 Pro yang diperkenalkan pada September tahun lalu. Kamera aksi ini dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 1.46 pada bahagian depan dan 2.5-inci pada bahagian belakang.
Kamera aksi ini hanya seberat 149 gram dan hadir dengan sensor baru 1/1.1 dengan sudut pandang 155°. Turut menyokong aperture boleh ubah f/2.0 hingga f/4.0, untuk memberikan prestasi lebih baik dalam keadaan kurang cahaya.

Menyokong rakaman video pada resolusi sehingga 4K 120fps, 2.7K pada 120fps dan 1080p sehingga 240fps. Turut hadir dengan pelbagai mod rakaman seperti RockSteady 3.0+ untuk memberikan rakaman yang lebih stabil dan berkualiti tinggi. Untuk rakaman imej, ia hadir dengan sensor sebesar 38MP.
DJI Osmo Action 6 ini dimuatkan dengan bateri 1950mAh yang mampu beroperasi sehingga 240 minit dalam suhu pada suhu bilik. Dari segi ketahanan, ia mampu bertahan pada kedalaman 20 meter tanpa casing dan 60 meter dengan casing khas.
Selain itu, kamera ini dilengkapi dengan storan terbina 64GB dan menyokong mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan. Spesifikasi lain, ia turut menyokong pengecasan pantas melalui USB-C, WiFi 6 dan juga Bluetooth BLE 5.1. Di China, DJI Osmo Action 6 dijual pada harga bermula sekitar CNY2998 (RM1741).