Siri Samsung Galaxy S26 mungkin akan menyokong pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.
Menurut laporan, siri Galaxy S26 akan menyokong pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas iaitu 25W berbanding sebelum ini 15W. Samsung dikatakan sedang membangunkan pengecas tanpa wayar EP-P2900 yang menyokong pengecasan pantas 25W.

Pengecas tanpa wayar baru ini dijangka akan menyokong siri Galaxy S, siri Galaxy Z dan juga Galaxy Buds. Sebelum ini, terdapat laporan lain mendedahkan sokongan teknologi pengecasan yang akan disokong oleh siri Galaxy S26.
Jika merujuk kepada maklumat tersebut, Galaxy S26 Ultra akan menyokong pengecasan berwayar 60W dan 25W tanpa wayar. Untuk Galaxy S26 ia menyokong pengecasan 25W bewayar dan tanpa wayar. Seterusnya, Galaxy S26+ menyokong pengecasan berwayar 40W dan 25W tanpa wayar.