Perkhidmatan penstriman video popular iaitu Netflix mengumumkan perjanjian ambil alih studio Hollywood ternama iaitu Warner Bros. Discovery dengan nilai sekitar $83 bilion (RM341 bilion).
Today, Netflix announced our acquisition of Warner Bros. Together, we’ll define the next century of storytelling, creating an extraordinary entertainment offering for audiences everywhere. https://t.co/rXPFMNIs1A pic.twitter.com/0pdsMUEob8
— Netflix (@netflix) December 5, 2025
Pengambil alihan ini bakal menyaksikan penggabungan terbesar dalam sejarah industri hiburan moden. Selain itu, pembelian ini membolehkan Netflix mendapatkan akses penuh kepada katalog filem, siri TV Warner Bros, HBO, HBO Max, francais popular Harry Potter, Game of Thrones dan DC.
Walau bagaimanapun, pembelian ini tidak termasuk perniagaan Global Networks yang dipisahkan. Global Networks menawarkan pelbagai rangkaian yang merangkumi CNN, TNT Sports US, Discovery+ dan Bleacher Report.
Netflix menyatakan, buat masa ini tiada perubahan segera akan dibuat pada mana-mana perkhidmatan dan kedua-dua perkhidmatan akan terus beroperasi secara berasingan. Selain itu, tiada perubahan pada pelan langganan pengguna.
Proses pengambil alihan ini dijangka akan diselesaikan dalam tempoh 12 hingga 18 namun perlu melepasi halangan pengawal selia. Terdapat kemungkinan tentangan daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) disebabkan oleh nilai dan skala penggabungan ini.