Google mengumumkan program pembaikan percuma untuk Pixel 9 Pro dan 9 Pro XL yang terjejas disbebakan oleh masalah skrin.
Menurut Google, terdapat sejumlah pengguna melaporkan terdapat masalah skrin berlaku pada Pixel 9 Pro dan 9 Pro XL. Antara masalah skrin yang dilaporkan seperti paparan berkelip dan terdapat garis hijau menegak pada skrin.

Masalah tersebut kebiasaanya berpunca daripada panel OLED dan Google komited untuk menangani isu tersebut. Demikian itu, pengguna yang terkesan dengan masalah tersebut layak untuk mendapatkan pembaikan percuma melalui program ini.
Progam ini menawarkan perlindungan pembaikan sehingga 3 tahun dari tarikh pembelian khususnya masalah berkaitan skrin. Namun begitu, kerosakan yang berpunca daripada kecuaian pengguna tidak layak untuk program ini.

Selain itu, Google turut mengumumkan Pixel 9 Pro Fold kini hadir dengan jaminan lanjutan selama tiga tahun untuk pelbagai masalah termasuk isu yang menjejaskan pengalaman penggunaan. Program ini dilihat dapat menambah keyakinan pengguna untuk beralih kepada peranti Pixel.