Close

Nothing perkenal Phone (3a) Community Edition – Guna rekaan retro moden dan terhad 1000 unit

Nothing secara rasmi memperkenalkan Phone (3a) Community Edition. Merupakan model edisi terhad yang dihasilkan oleh pemenang pertandingan rekaan yang dianjurkan oleh Nothing.

Buat yang tidak mengetahui, Community Edition adalah sebuah projek unik yang dihasilkan melalui kerjasama rapat dengan komuniti Nothing dari seluruh dunia. Lebih menarik, edisi terhad ini hanya tersedia 1000 unit sahaja secara global.

Phone (3a) Commuity Edition ini hadir dengan tema retro moden berdasarkan kepada akhir tahun 90-an dan awal 2000-an, memberikan sentuhan nostalgia yang moden. Walaupun hadir dengan rekaan yang unik dan menarik namun spesifikasi yang digunakan sama seperti Phone (3a) versi standard.

Phone (3a) dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3, bateri 5000mAh, pengecasan 50W dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang. Bagi yang berminat, daftar minat untuk peranti ini telahpun dibuka dengan jualan akan bermula pada 12 Disember, eksklusif di laman web rasmi Nothing.

ARTIKEL BERKAITAN