Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke menyatakan, saman tertunggak tidak akan menjejaskan kelayakan subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Menurut beliau, saman tertunggak dan kelayakan subsidi BUDI95 adalah dua mekanisme yang berbeza dan kedua-duanya tidak mempunyai kaitan secara automatik. BUDI95 layak dan tersedia untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan, mempunyai lesen memandu aktif layak secara automatik.
Walaupun saman tertunggak tidak menjejaskan kelayakan BUDI95 namun beliau menasihati orang ramai untuk mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Kenyataan tersebut ini dibuat selepas terdapat laporan menyatakan individu yang gagal membayar saman yang tertunggak akan kehilangan kelayakan untuk BUDI95.