Fon lipat dari HUAWEI iaitu Mate X7 secara rasmi tiba ke pasaran global dengan UAE dan Arab Saudi menjadi negara terawal menerima peranti ini.

HUAWEI Mate X7 hanya setebal 9.5mm apabila dilipat dan menjadi 4.5mm apabila dibuka. Berat keseluruhan peranti ini adalah sekitar235 gram iaitu 4gram lebih ringan berbanding Mate X6. Mate X7 hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 6.49-inci OLED untuk skrin luar dan 8.0-inci LTPO OLED untuk skrin dalam. Kedua-dua skrin ini menyokong paparan 120Hz.
Dikuasakan dengan cip Kirin 9030 Pro yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Dilengkapi dengan kapasiti bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Menggunakan kamera utama 50MP RYYB dengan apertur boleh ubah F/1.4 hingga F/4.0 + 50MP Telefoto dengan 3.5x zum optik + 40MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 8MP yang diletakkan pada skrin luar dan skrin dalam.
Di Arab Saudi, HUAWEI Mate X7 dijual pada harga bermula sekitar SAR 6999 (RM7638) dengan 16GB RAM + 512GB. Peranti ini berkemungkinan akan turut diperkenalkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.