Close

realme bakal perkenal fon dengan bateri 10,001mAh

realme dilaporkan bakal memperkenalkan fon baru dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 10,001mAh. Sekali gus, akan menjadikan ia peranti dengan bateri paling besar di pasaran.

Sebelum ini, realme telahpun memperlihatkan prototaip fon dengan bateri 10,000mAh sekitar Mei yang lalu. Melalui perkongsian tersebut juga realme mengesahkan model komersial akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Peranti ini mempunyai bateri 1mAh lebih besar berbanding Honor Win dan Honor Win RT yang diperkenalkan baru-baru ini.

Ketika ini, peranti realme dengan kapasiti bateri paling besar adalah 7000mAh digunakan pada model realme GT8 Pro. Peranti dengan bateri 10,001mAh ini akan menggunakan nombor model RMX5107 dan dikatakan telah sedia untuk diperkenalkan.

Menurut laporan, RMX5107 akan menjalankan realme UI 7.0 dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain itu, peranti ini turut disahkan menyokong Hi-Res Audio, menandakan fokus Realme terhadap pengalaman multimedia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN